Saturday, November 7, 2009

5 Malaysia Designers 1 Fashion Icon

5 Malaysian Designers
1 Fashion Icon
Barbie cordially invites you to attend her 
Designer Fashion Showcase

Date:  14th November 2009 (Sat)
Time: 3.00 pm
Venue: Cafe Stelle , Pavilion KL

 
Barbie will be collaborating with 5 top Malaysian Designers, namely Melinda Looi, Eric Choong, Khoon Hooi, Dato Tom Abang Saufi and Dato Lewre Lew for a spectacular fashion showcase. YOU are all invited to share this limelight with Barbie.

Thursday, November 5, 2009

Jelmaan Barbie

Oleh Shaidah Shafie

Rachael Borostyan

Kejelitaan, aura dimiliki Rachael Borostyan buatkan beliau dipilih sebagai ikon hidup patung permainan terkenal
TIADA apa yang lebih menggembirakan seorang wanita apabila mempunyai pakej lengkap seperti cantik, tinggi lampai, berkarisma, berpenampilan dan lebih mengujakan, tampak lebih muda daripada usia sebenar kerana jati diri yang dimiliki.
Bagi wanita kelahiran New Zealand, Rachael Borostyan, beliau bersyukur dilahirkan dengan susuk tinggi lampai dan tidak mempunyai sebarang masalah kulit mahupun rambut apatah lagi tahap kesihatan yang menggembirakan sepanjang menetap di Malaysia walaupun tanah kelahiran asal beliau adalah negara empat musim.

Bahkan, kelebihan yang dimiliki itu jugalah yang membuatkan beliau dipilih sebagai ikon hidup kepada patung permainan kanak-kanak, Barbie, yang cukup tersohor di seluruh pelusuk dunia kerana kecantikan dan keunggulan personaliti yang dimiliki.
Rachael ketika ditemui di Royal Suite, Hotel Nikko, berkata beliau gembira apabila dipilih untuk terbabit dalam kegiatan diadakan khusus sempena ulang tahun ke-50 Barbie yang akan diraikan tidak lama lagi di Malaysia.
“Saya amat teruja menerima penghargaan ini kerana semua orang mengenali dan mengetahui Barbie adalah patung permainan kanak-kanak yang cantik dan akan terus dianggap sebagai ikon kecantikan yang tersendiri meskipun beberapa tahun akan datang.

“Walaupun sudah dewasa, saya tetap menyukai Barbie dan kini berpeluang merasai pengalaman meraikan sesuatu yang ada kaitan dengan Barbie adalah satu perkara yang amat menggembirakan saya. Saya menghargai tanggapan positif masyarakat kepada saya,” katanya ketika ditemui di hotel berkenaan, baru-baru ini.


Beliau yang juga ibu kepada sepasang cahaya mata berkata, zaman kanak-kanak beliau juga adalah saat yang amat menceriakan kerana turut memiliki patung Barbie yang diberikan ibu bapa dan kini, selepas bergelar ibu, beliau melakukan perkara sama kepada anak perempuannya.
“Saya masih ingat keseronokan bermain dan memiliki Barbie. Sekarang saya memberikan pengalaman sama kepada anak perempuan saya dengan membelikan dia Barbie. Malah, dia mempunyai set lengkap Barbie seperti rumah dan keperluan lain.


“Kadangkala apabila himpunan Barbie sudah banyak, saya akan menghadiahkan Barbie kepada mereka yang memerlukan. Mungkin tidak semua berpeluang memiliki Barbie kerana ia agak mahal, jadi apa salahnya saya menghadiahkan mereka Barbie yang ada dalam simpanan,” katanya yang juga isteri kepada Pengurus Besar Hotel Nikko, Michael Borostyan.

Rachael berkata, beliau teruja apabila mengetahui individu yang menerima pemberiannya menghargai sumbangannya itu. Siapa tidak gembira kerana Barbie membawa pengaruh yang baik kepada mereka yang menyedari mengenai unsur kebaikan yang ada pada Barbie.
Selaras dengan penampilan Barbie yang sentiasa tampil bergaya, cantik dan bijak, Rachael juga mempunyai rutin tersendiri untuk mengekalkan mutu kesihatan terutama elemen yang membabitkan kecantikan yang dikatakan menjadi aset kepada seorang wanita.


“Saya melakukan senaman di gimnasium kerana rutin berkenaan menyihatkan badan. Lagipun ketika di new Zealand, saya memiliki kuda sendiri, terbabit dengan sukan ekuestrian dan seronok menunggang kuda.
“Di Kuala Lumpur, walaupun tidak lagi melakukan kegiatan menunggang, saya tetap membabitkan diri dengan sukan sama melalui kerja amal membantu kanak-kanak kurang upaya menunggang kuda,” katanya yang pernah memenangi kejohanan ekuestrian peringkat kebangsaan di New Zealand.


Begitupun, minat bersukan dan cergas melakukan riadah tidak menghalang Rachael untuk tampil cantik setiap masa kerana beliau mempunyai rahsia tersendiri untuk menyerlahkan kelebihan diri, iaitu memberi lebih penekanan terhadap solekan terutama pada bahagian mata.
“Sebagai wanita, saya percaya kita wajar menghargai kecantikan yang ada. Kalau sudah sedia asal cantik, hargailah apa yang ada sebaik mungkin, tapi tidak salah untuk bersolek. Saya sendiri gemar memberi sentuhan terhadap wajah terutama pada bahagian mata. Maskara terutama adalah alat solek wajib ada dalam simpanan saya kerana suka merias bahagian mata menggunakan L'Oreal Ultra Volume Collagene,” katanya.


Hakikatnya, kenakan apa saja busana atau rias dengan apa gaya sekalipun, Rachael tetap kelihatan anggun lantaran fizikalnya yang tinggi lampai apatah lagi memiliki rambut ikal mayang yang berkilat dan sihat.
Adi busana dipenuhi taburan sekuin berwarna hijau kebiruan rekaan Eric Choong yang dikenakan pada sesi temubual itu juga tampak kena dengan peribadinya yang ceria dan aktif.


Sementara itu, sempena ulang tahun ke-50 Barbie yang akan diraikan pada 14 November ini, satu jualan amal busana pereka terkenal antaranya selain Eric Choong, empat lagi pereka terbabit ialah Melinda Looi, Datuk Lewre Lew, Khoon Hooi dan Datuk Tom Abang Saufi yang akan menampilkan ilham rekaan masing-masing pada acara berkenaan.